Tuesday, November 1, 2016

Diari Nor : Kesan Detox

Hari ke-40 selepas consume DTX Complex buat kali pertama.
Selepas entry pertama saya tentang kesan detox di Diari Nor : Detox dengan DTX Complex, jerawat semakin subur tumbuh dimuka. Tak snap gambar sebab tak de mood langsung nak snap. Huhu.

So, nie gambar update hari nie. Jerawat semua dah kering. tapi daripada kesan parut tu, boleh nampak betapa sukahatinya cik-cik jerawat keluar di pipiku.






Apa yang saya buat,

1. Terpaksa tinggalkan DTX Complex pada hari ke-32 untuk setelkan dulu masalah-masalah jerawat nie. Dan kemungkinan takkan consume dah DTX Complex. Cukup la detox dengan Herblax, Alfalfa & Garlix Complex saja dulu. Ketiga-tiga suplemen nie beri saya kesan yang minimum.

2. Consume sebiji Zinc Complex setiap hari masa perut kosong. Zinc bantu untuk sembuhkan kesan-kesan luka lepas jerawat dipicit. Huhu. 

3. Teruskan consume ESP 2 sudu sehari untuk setiap pagi. ESP bantu untuk renew sel-sel kulit, pudarkan parut jerawat dan sihatkan kulit.

4. Teruskan consume Vitamin C 2-3 biji sehari. Sama macam ESP, vitamin C juga bantu pudarkan jerawat dan sihatkan kulit.

5. Sapu minyak zaitun yang dicampurkan dengan Essential Oil Tea Tree dari brand Young Living. Ini untuk gantikan skincare seperti pelembap, krim siang atau foundation. Bedak muka boleh je pakai. Terpaksa biarkan kulit muka berbogel tanpa foundation.

6. Buat bekam dimuka. Bagusnya berbekam nie sebab dia sedut semua darah-darah yang dah bertoksin hasil dari makan DTX COmplex tadi dengan cepat. Jadi tak de la dia keluar sebagai jerawat.

7. Yang nie saya belum konsisten. Bajetnya agak besar untuk ke studio..Huhu.
Saya plan untuk berzumba dirumah je bila laptop dah siap dibaiki nanti. Semoga toksin-toksin terkumpul tu boleh keluar melalui peluh.

8. Paling penting. SABAR.
Jangan sedih sangat. Jangan stress sangat. Proses pemulihan memang akan ambil masa. Buat semua proses memulihkan kulit dengan konsisten dan berterusan okay!


Fuhh!!
Dah naik lemas tengok kulit muka. Harapnya pulih la cepat-cepat.

0 comments:

Post a Comment