Thursday, September 29, 2016

Resepi Rendah Lemak : Ikan Siakap Stim dengan Pati Ayam


Siapa tengah berdiet? 
Sila baca.

Saya nak share menu rendah lemak cheneese style. Mungkin boleh dijadikan menu pilihan untuk korang-korang yang tengah berdiet atau pun tengah buat detox.
Saya cedok je resepi dari majalah ISihat.
Selamat mencuba!



Bahan-bahan:

300 gram isi ikan
2 botol pati ayam / buat stok ayam sendiri
50 gram kicap cair
50 gram halia halus
50 gram cili padi
10 gram cendawan hitam

Cara-cara :

1. Sediakan dan panaskan periuk pengukus.
2. Gaul isi ikan bersama bahan-bahan di atas.
3. Biarkan selama 5 minit ( perap )
4. Kukus selama 20 minit.
5. Siap untuk dihidangkan.

Senang je kan?

Untuk korang yang tengah detox, pati ayam tu eloklah digantikan dengan stok ayam buatan sendiri. Sebab setahu saya, segala pati-pati segera nie ada bahan perasa. So elakkan sebab ia tak bantu proses detox kita berkesan sempurna.


Selamat mencuba!





0 comments:

Post a Comment