Thursday, September 29, 2016

Diari Nor : Detox dengan DTX Complex.

Diari Detox Nor

Ini kisah saya.

Selama bertahun-tahun saya telan vitamin jenama Shaklee, DTX Complex je belum pernah menjengah kedalam perut saya. Yang lain termasuk Vivix yang mahal tapi berkualiti tu pun saya dah try.
Dan rupa-rupanya, healing crisis DTX Complex la yang paling buatkan hati saya gundah gulana tak terkira-kira. Tapi saya percaya, produk dari bahan semulajadi Shaklee takkan menghampakan saya. Jadi, saya akan terus bertabah menelan DTX Complex dan minum air kosong sebanyak mungkin. Otai-otai inform, bila healing crisis melibatkan kulit muka, akan ambil masa 3-6 bulan untuk pulih. Tinggi harapan agar saya tabah hadapi healing crisis kali nie untuk lihat hasil yang owesome.



Saya mula ambil DTX Complex pada 09 September 2016. Hajat dihati, nak buat detox hati selepas saya berjaya konsisten dengan Alfalfa & Herblax. Kesan selepas makan Alfalfa & Herblax memang owesome. 

Ada cadangan untuk ambil 3 biji DTX Complex sehari. Tapi, memandangkan pengalaman adik yang terus demam 3 hari selepas consume DTX, saya tak berani nak cuba dos yang macam tu. So saya decide untuk makan sebiji aje sehari. 2nd day comsume, terus jerawat naik! Oii aii...bukan sebiji, tapi berbiji-biji dikawasan dagu. 

Memang sebelum nie kulit muka ada problem. Sejak-sejak berhormon bujang, jerawat memang suka singgah. Mungkin sebab saya banyak terdedah kepada cahaya matahari. Dan paling tak best, jerawat yang keluar tu, tak ada mata. So tak boleh picit. Lambat nak kecut jugak! Huwaaaa...

Malangnya lepas makan DTX, jerawat berlumba-lumba keluar macam dah tak ada hari esok. Tak menyempat nak tunggu turn masing-masing. Kalau keluar ikut turn, tak ada la saya stress sangat.



Banyak kan? Dua-dua belah dagu & bawah pipi ada tau. Didahi juga. 
UIsh!!! Memang stress!!

Mak Shaklee saya inform bila healing crisis melibatkan kulit muka, ia akan ambil masa 3-6 bulan untuk recover. Rasa nak nangis!! Apa nak buat nie?
Memang nak sangat buat detox hati. Umur dah makin tua kan? kena la jaga kesihatan. Tapi saya juga taknak kulit rosak. Nangis tepi bucu katil lagi.

Ok la. Saya decide untuk teruskan dengan DTX Complex. 
Tindakan saya untuk proses pemulihan;

1. Consume Vitamin C, ESP & Zinc Complex untuk pemulihan dari dalam.
2. Hentikan pemakaian krim-krim kecantikan & foundation.
3, Hanya gunakan campuran minyak Zaitun & Essential Oil Tea Tree dari Young Living untuk sapuan diatas kulit muka.
4. Gunakan pencuci muka dari bahan semulajadi Madu Kelulut yang dimasak sendiri sahaja.
5. Minum air masak kosong 3 liter sehari.

Semoga saya tabah untuk hadap kulit yang tak comel nie untuk beberapa bulan.
Semoga kulit saya pulih dan flawless semula.

Nak tepek gambar acah-acah lawa jugak kat sini. Hehe.



Kbai!

0 comments:

Post a Comment