Thursday, September 29, 2016

Diari Nor : Detox dengan DTX Complex.

Diari Detox Nor

Ini kisah saya.

Selama bertahun-tahun saya telan vitamin jenama Shaklee, DTX Complex je belum pernah menjengah kedalam perut saya. Yang lain termasuk Vivix yang mahal tapi berkualiti tu pun saya dah try.
Dan rupa-rupanya, healing crisis DTX Complex la yang paling buatkan hati saya gundah gulana tak terkira-kira. Tapi saya percaya, produk dari bahan semulajadi Shaklee takkan menghampakan saya. Jadi, saya akan terus bertabah menelan DTX Complex dan minum air kosong sebanyak mungkin. Otai-otai inform, bila healing crisis melibatkan kulit muka, akan ambil masa 3-6 bulan untuk pulih. Tinggi harapan agar saya tabah hadapi healing crisis kali nie untuk lihat hasil yang owesome.



Saya mula ambil DTX Complex pada 09 September 2016. Hajat dihati, nak buat detox hati selepas saya berjaya konsisten dengan Alfalfa & Herblax. Kesan selepas makan Alfalfa & Herblax memang owesome. 

Ada cadangan untuk ambil 3 biji DTX Complex sehari. Tapi, memandangkan pengalaman adik yang terus demam 3 hari selepas consume DTX, saya tak berani nak cuba dos yang macam tu. So saya decide untuk makan sebiji aje sehari. 2nd day comsume, terus jerawat naik! Oii aii...bukan sebiji, tapi berbiji-biji dikawasan dagu. 

Memang sebelum nie kulit muka ada problem. Sejak-sejak berhormon bujang, jerawat memang suka singgah. Mungkin sebab saya banyak terdedah kepada cahaya matahari. Dan paling tak best, jerawat yang keluar tu, tak ada mata. So tak boleh picit. Lambat nak kecut jugak! Huwaaaa...

Malangnya lepas makan DTX, jerawat berlumba-lumba keluar macam dah tak ada hari esok. Tak menyempat nak tunggu turn masing-masing. Kalau keluar ikut turn, tak ada la saya stress sangat.



Banyak kan? Dua-dua belah dagu & bawah pipi ada tau. Didahi juga. 
UIsh!!! Memang stress!!

Mak Shaklee saya inform bila healing crisis melibatkan kulit muka, ia akan ambil masa 3-6 bulan untuk recover. Rasa nak nangis!! Apa nak buat nie?
Memang nak sangat buat detox hati. Umur dah makin tua kan? kena la jaga kesihatan. Tapi saya juga taknak kulit rosak. Nangis tepi bucu katil lagi.

Ok la. Saya decide untuk teruskan dengan DTX Complex. 
Tindakan saya untuk proses pemulihan;

1. Consume Vitamin C, ESP & Zinc Complex untuk pemulihan dari dalam.
2. Hentikan pemakaian krim-krim kecantikan & foundation.
3, Hanya gunakan campuran minyak Zaitun & Essential Oil Tea Tree dari Young Living untuk sapuan diatas kulit muka.
4. Gunakan pencuci muka dari bahan semulajadi Madu Kelulut yang dimasak sendiri sahaja.
5. Minum air masak kosong 3 liter sehari.

Semoga saya tabah untuk hadap kulit yang tak comel nie untuk beberapa bulan.
Semoga kulit saya pulih dan flawless semula.

Nak tepek gambar acah-acah lawa jugak kat sini. Hehe.



Kbai!

Resepi Rendah Lemak : Ikan Siakap Stim dengan Pati Ayam


Siapa tengah berdiet? 
Sila baca.

Saya nak share menu rendah lemak cheneese style. Mungkin boleh dijadikan menu pilihan untuk korang-korang yang tengah berdiet atau pun tengah buat detox.
Saya cedok je resepi dari majalah ISihat.
Selamat mencuba!



Bahan-bahan:

300 gram isi ikan
2 botol pati ayam / buat stok ayam sendiri
50 gram kicap cair
50 gram halia halus
50 gram cili padi
10 gram cendawan hitam

Cara-cara :

1. Sediakan dan panaskan periuk pengukus.
2. Gaul isi ikan bersama bahan-bahan di atas.
3. Biarkan selama 5 minit ( perap )
4. Kukus selama 20 minit.
5. Siap untuk dihidangkan.

Senang je kan?

Untuk korang yang tengah detox, pati ayam tu eloklah digantikan dengan stok ayam buatan sendiri. Sebab setahu saya, segala pati-pati segera nie ada bahan perasa. So elakkan sebab ia tak bantu proses detox kita berkesan sempurna.


Selamat mencuba!





Thursday, September 22, 2016

Jom Belajar Detoks Mengikut Organ

Kalau kelmarin saya dah share kenapa perlu memilih jangkamasa untuk detoks dalam entry jangkamasa untuk detoks. Hari nie jom tengok kenapa detoks mengikut organ pulak.

1. Detoks Paru-paru

Perokok sangat la di wajibkan untuk buat detoks paru-paru. Tiap-tiap hari sedut gas beracun dari sebatang rokok. Walaubagaimanapun, detoks hati tak la terbatas untuk perokok saja. Yang tak merokok pun boleh juga. Dalam tempoh detoks bahagian hati, kita juga digalakkan untuk makan lebih banyak buah-buahan yang tinggi beta keratin ( pro vitamin A ) yang kuat untuk menentang perkembangan sel kanser.

2. Detoks Ginjal / Buah Pinggang

Kalau korang seorang penggemar minuman berkafein seperti cola, kopi atau teh, korang adalah orang yang sangat wajib untuk buat detoks buah pinggang. 
Pernah rasa tak sangat terhidrat / kering / dahaga walaupun dah minum 6-8 gelas air? Tu tandanya toksin dah bertapak dalam buah pinggang korang. Minum air dengan banyak bukan jaminan buah pinggang korang berfungsi dengan baik kalau toksin dah banyak mendap didalam buah pinggang.

Cara mudah untuk buat detoks buah pinggang adalah kekalkan pengambilan jumlah air kosong 6-8 gelas sehari. Dan dalam masa yang sama, elakkan dari minum minuman berkafien yang dah jadi kegemaran korang.

3. Kulit

Korang penah merasa rentung lepas berjemur dibawah terik matahari?
Lepas tu sapu segala mak nenek krim untuk cantikkan semula kulit yang dah terbakar tu? 
Atau korang pakai sunblock untuk elakkan kulit terbakar?


Tahu tak?

Sebenarnya krim-krim tu banyak bahan bertoksin? 
Dan sebenarnya kulit korang dah teranianya oleh empunya badan sendiri.
Dan kesannya kulit jadi kusam, jeragat mula muncul, jerawat pun mula bertandang.

Maka, marilah kita berdetoks dengan buat senaman ringan, makan makanan yang tinggi dengan antioksida seperti kekacang, sayur dan buah. Dapatkan tidur yang mencukupi dan buat rawatan kulit.


4. Perut

Suka makanan ringan tak? Macam sedap kan? Hehe.
Kerap ambil daging merah? Atau ambil daging merah 75g - 100g setiap hari?
Berat beb!
Sistem penghadaman kita sarat dengan bahan buangan yang tak berguna dan memudaratkan tubuh badan. Dan wajib la juga korang detoks bahagian perut tu.

5. Hati

Hati adalah organ yang paling teruk terjejas. Yang paling banyak menyimpan toksin. Terutamanya kalau korang seorang peminat tegar makanan merapu, alkohol, makanan berlemak, dan macam-macam lagi la.

Entry singkat je. Nanti saya update macam mana caranya nak buat detoks organ nie ye.
Babai korang.



Wednesday, September 21, 2016

Kenali Parasit Didalam Tubuh

Perlu ke nak kenal dengan parasit?

Ye!

Perlu sangat. Kalau la korang tahu macam mana segala mak nenek cucu cicit parasit ada dalam badan kita nie, saya berani gerenti korang tak lalu nak makan pun. Huhu.

Meh kita cerita pasal detoks dulu.

Detoks tu apa?

Detoks tu adalah satu proses membersihkan tubuh badan kita dari segala kekotoran dan racun-racun yang masuk samada secara kita sedar atau tak. Proses detoks sangat membantu untuk singkirkan semua bahan toksik, racun-racun, lemak-lemak degil dan macam-macam bahan buangan lagi.

Korang tau tak?

Organ detoks terdiri daripada Hati, Usus & Ginjal atau buah pinggang.

Parasit tu Apa Pulak?

Parasit tu pulak adalah sejenis mikroorganisme yang sangat kecik. Yang masuk dalam tubuh badan kita melalui makanan dan pemakanan. Parasit ni  boleh hidup dan membiak beranak pinak kat dalam tubuh badan kita dengan gembira kalau kita tak amalkan pemakan sihat. Parasit-parasit akan menyerap semua nutrien yang masuk dalam tubuh badan kita dan tinggalkan pula toksin dan segala bahan buangan mereka didaam tubuh badan kita. 
Scary tak?

Ironinya, parasit bertindak macam pokok duit-duit. Dia sedut semua air, vitamin dan sumber-sumber mineral dari pokok yang ditumpang. Akhirnya, lama kelamaan pokok tumpang tu kurus dan mati.

Alamak!!
Nak ke? Nak ke?


Jom Kenali Jenis-jenis Parasit.




Remark : Saya pun google je gambar-gambar parasit kat atas tu. Saya pun tak pernah tengok dengan mata kasar ataupun dari bawah mikroskop. Peace!!


Parasit ( tengok nombor di gambar ) :

1. Cacing Gelang / Ascaris : Cacing nie menyerang Usus, Otak dan Hati
Cacing gelang terutamanya jenis Ascaris lumbricoides selalu menyerang anak-anak kita. Cacing nie banyak hidup dan membiak didalam usus terutamanya. Simptom jangkitan cacing gelang adalah demam, batuk, sakit perut, cirit-birit, dan usus bengkak. Bagi mereka yang kerap dijangkiti, masalah-masalah seperti kekurangan zat, berat badan yang menurun, dan susah untuk menerima pelajaran akan berlaku. Info lanjut pasal cacing gelang boleh ditanyakan kepada pakcik google ye uoollss.


2. Cacing Anisakis : Cacing nie datangnya dari ikan di seluruh lautan. Diorang masuk dalam usus kita melalui pemakanan ikan mentah dan ikan yang dimasak tak sempurna. Kitaran hidup cacing nie sangat lah panjang dan banyak bertukar perumah. Korang  boleh google kalau nak tahu. Saya dah kegelian nak baca banyak2. Ingatkan nak taip masuk dalam entry nie. Tapi tak sanggup pulak. Huhu.

Cacing Anisakis menyerang usus besar, usus kecil dan ia boleh juga tembus dimana-mana bahagian dalam perut. Infeksi lepas termakan cacing nie adalah seperti sakit perut, kejang-kejang, muntah, gastrik, lesi, mual dan berbagai-bagai lagi. 

3. Cacing Tambang / Ancylestomo : Cacing dewasa akan tinggal di usus kecil, manakala telurnya akan keluar melalui najis dan bahan buangan manusia. Telur cacing ini akan hidup dan menetas didalam tanah dalam tempoh 15 hari. Dan kemudian mampu masuk semula kedalam badan manusia melalui kaki yang memijak tanah tanpa alas. Cacing-cacing kecil ini akan mengikut aliran darah dan masuk ke bahagian paru-paru yang mana akan menyebabkan batuk. Apabila batuk, kadang-kadang manusia tertelan semula kahak dan cacing tersebut berpindah keusus pula. Uish!! Gelinya.
Antara penyakit yang timbul selepas terjangkit adalah batuk, alergi, anemia dan sakit bahagian abdomen. Cacing nie ada 2 batang gigi dan akan menggigit usus atau dinding-dinding bahagian yang jadi perumahnya. Dan inilah yang akan menyebabkan anemia atau kekurangan darah.

4. Cacing Askariosis : Cacing nie terdapat dari makanan yang dah pun tercemar. Telur-telur cacing akan masuk kedalam perut melalui makanan yang tercemar. Ia membiak didalam usus dan juga paru-paru.

5. Cacing Acanthamoeba : Cacing ini hidup didalam air terutamanya yang berlumpur. Dan masuk dalam tubuh manusia melalui rongga-rongga terbuka seperti mulut, hidung dan mata bagi mereka yang mandi disungai-sungai. Dan ada artikel yang menulis, terdapat kematian selepas dua hari dijangkiti. OMG!

Ok. Tu je cerita pasal cacing / parasit. 
Cuba bayangkan mereka-mereka nie berumah dalam tubuh badan kita. 
Gelinya!!


Monday, September 19, 2016

Pilih Cara Detox Yang Berkesan.

Korang nak buat detoks?
Dah study ke belum macam mana nak buat detoks?
Ke ikut-ikut je orang lain buat tanpa korang sendiri study apa mende alah detoks tu?

Hah!
Banyak pulak soalan ek.
Nie nak cerita la pasal detoks. Ramai orang yang buat detoks sebab nak kurus. Betul tak?

Tau tak? 

Selain dari untuk kurus, detoks boleh bantu badan kita untuk jadi lebih sihat dan jauh dari macam-macam penyakit.

Apa yang korang kena tahu?

Pertama sekali.
Korang kena tahu berapa tempoh masa untuk buat proses detoks. Kena pilih masa yang sesuai dengan tubuh badan kita sendiri. Kena tahu juga adakah korang jenis orang yang selalu terdedah dengan bahan-bahan bertoksik atau tak.



Pemilihan masa :

1. Detoks 24 jam

Detoks 24 jam lebih sesuai untuk orang yang dah pernah buat detoks sebelum ni.  Maknanya, korang dah buat detoks, tapi nak sambung lagi 24 jam. Atau, sebelum-sebelum nie korang dah pernah buat detoks. So, proses detoks seterusnya nak buat untuk 24 jam aje.
Proses detoks 24 jam nie mesti dibuat secara konsisten.

2. Detoks Hujung Minggu

Detoks hujung minggu nie sesuai untuk korang yang belum pernah buat detoks. Tapi, kalau korang tak de masa nak buat detoks hujung minggu, korang boleh buat detoks 24 jam secara konsisten setiap minggu. Tak nak culas-culas tau.

3. Detoks 7 Hari

Biasanya detoks 7 hari nie akan datang sikit rasa kurang selesa. Ada orang akan rasa mual, pening, penat dan sebagainya. Itu petanda awal yang tubuh badan korang tengah bekerja keras untuk singkirkan toksin. Biasanya semua rasa tak best tu akan jadi pada hari pertama dan kedua aje. Selepas tu, tubuh badan korang mula terima proses detoks dan dapatkan jalankan tugas dengan lebih selesa.

4. Detoks 14 Hari

Detoks 14 hari adalah proses yang paling win. Berat akan cepat turun dan lambat naik kalau tak jaga pemakanan. Tapi better jaga la kan untuk kesan yang lebih panjang.
Detoks 14 hari nie juga sesuai untuk orang yang dah lama tinggalkan detoks, merokok, minum alkohol dan kerap ambil makanan berproses.

Hokkeeyy...
Tu step pertama yang korang kena buat.
Pilih timing yang sesuai untuk buat detoks.
Nie cara yang general je tau. Next time saya ajar cara Shaklee.
Sebelum tu, saya akan up post untuk langkah kedua pulak.

Selamat Berdetoks uollss!!