Wednesday, September 21, 2016

Kenali Parasit Didalam Tubuh

Perlu ke nak kenal dengan parasit?

Ye!

Perlu sangat. Kalau la korang tahu macam mana segala mak nenek cucu cicit parasit ada dalam badan kita nie, saya berani gerenti korang tak lalu nak makan pun. Huhu.

Meh kita cerita pasal detoks dulu.

Detoks tu apa?

Detoks tu adalah satu proses membersihkan tubuh badan kita dari segala kekotoran dan racun-racun yang masuk samada secara kita sedar atau tak. Proses detoks sangat membantu untuk singkirkan semua bahan toksik, racun-racun, lemak-lemak degil dan macam-macam bahan buangan lagi.

Korang tau tak?

Organ detoks terdiri daripada Hati, Usus & Ginjal atau buah pinggang.

Parasit tu Apa Pulak?

Parasit tu pulak adalah sejenis mikroorganisme yang sangat kecik. Yang masuk dalam tubuh badan kita melalui makanan dan pemakanan. Parasit ni  boleh hidup dan membiak beranak pinak kat dalam tubuh badan kita dengan gembira kalau kita tak amalkan pemakan sihat. Parasit-parasit akan menyerap semua nutrien yang masuk dalam tubuh badan kita dan tinggalkan pula toksin dan segala bahan buangan mereka didaam tubuh badan kita. 
Scary tak?

Ironinya, parasit bertindak macam pokok duit-duit. Dia sedut semua air, vitamin dan sumber-sumber mineral dari pokok yang ditumpang. Akhirnya, lama kelamaan pokok tumpang tu kurus dan mati.

Alamak!!
Nak ke? Nak ke?


Jom Kenali Jenis-jenis Parasit.




Remark : Saya pun google je gambar-gambar parasit kat atas tu. Saya pun tak pernah tengok dengan mata kasar ataupun dari bawah mikroskop. Peace!!


Parasit ( tengok nombor di gambar ) :

1. Cacing Gelang / Ascaris : Cacing nie menyerang Usus, Otak dan Hati
Cacing gelang terutamanya jenis Ascaris lumbricoides selalu menyerang anak-anak kita. Cacing nie banyak hidup dan membiak didalam usus terutamanya. Simptom jangkitan cacing gelang adalah demam, batuk, sakit perut, cirit-birit, dan usus bengkak. Bagi mereka yang kerap dijangkiti, masalah-masalah seperti kekurangan zat, berat badan yang menurun, dan susah untuk menerima pelajaran akan berlaku. Info lanjut pasal cacing gelang boleh ditanyakan kepada pakcik google ye uoollss.


2. Cacing Anisakis : Cacing nie datangnya dari ikan di seluruh lautan. Diorang masuk dalam usus kita melalui pemakanan ikan mentah dan ikan yang dimasak tak sempurna. Kitaran hidup cacing nie sangat lah panjang dan banyak bertukar perumah. Korang  boleh google kalau nak tahu. Saya dah kegelian nak baca banyak2. Ingatkan nak taip masuk dalam entry nie. Tapi tak sanggup pulak. Huhu.

Cacing Anisakis menyerang usus besar, usus kecil dan ia boleh juga tembus dimana-mana bahagian dalam perut. Infeksi lepas termakan cacing nie adalah seperti sakit perut, kejang-kejang, muntah, gastrik, lesi, mual dan berbagai-bagai lagi. 

3. Cacing Tambang / Ancylestomo : Cacing dewasa akan tinggal di usus kecil, manakala telurnya akan keluar melalui najis dan bahan buangan manusia. Telur cacing ini akan hidup dan menetas didalam tanah dalam tempoh 15 hari. Dan kemudian mampu masuk semula kedalam badan manusia melalui kaki yang memijak tanah tanpa alas. Cacing-cacing kecil ini akan mengikut aliran darah dan masuk ke bahagian paru-paru yang mana akan menyebabkan batuk. Apabila batuk, kadang-kadang manusia tertelan semula kahak dan cacing tersebut berpindah keusus pula. Uish!! Gelinya.
Antara penyakit yang timbul selepas terjangkit adalah batuk, alergi, anemia dan sakit bahagian abdomen. Cacing nie ada 2 batang gigi dan akan menggigit usus atau dinding-dinding bahagian yang jadi perumahnya. Dan inilah yang akan menyebabkan anemia atau kekurangan darah.

4. Cacing Askariosis : Cacing nie terdapat dari makanan yang dah pun tercemar. Telur-telur cacing akan masuk kedalam perut melalui makanan yang tercemar. Ia membiak didalam usus dan juga paru-paru.

5. Cacing Acanthamoeba : Cacing ini hidup didalam air terutamanya yang berlumpur. Dan masuk dalam tubuh manusia melalui rongga-rongga terbuka seperti mulut, hidung dan mata bagi mereka yang mandi disungai-sungai. Dan ada artikel yang menulis, terdapat kematian selepas dua hari dijangkiti. OMG!

Ok. Tu je cerita pasal cacing / parasit. 
Cuba bayangkan mereka-mereka nie berumah dalam tubuh badan kita. 
Gelinya!!


0 comments:

Post a Comment